RESEPI PILIHANKU


RESEPI KEK KARAMEL 

Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
  • >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
(B) Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN (200ml)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
(C) Lapisan Kek
  • 140gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45ml minyak msk@butter cair
  • 2sb susu pekat manis - resepi asal xde.yg nih anna tambah
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara-cara
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
  • Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

 MI GORENG ALA MAMAK ::


Bahan-bahan:
500gm mi kuning                             150gm daging - dihiris kecil
150gm kelempong/paru-paru             10 ekor udang
2 biji telur                                         1/2 liter stok ayam
100gm daun kucai                            150gm taugeh
4 keping tauhu goreng                         4 biji ubi kentang rebus
2 biji buah tomato                               4 ulas bawang putih
7 biji bawang merah                            2 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh cuka                                    2 sudu makan minyak masak
2 biji cili merah                                    1 biji limau nipis
Sedikit daun bawang dan bawang goreng
Garam secukup rasa

Cara memasak:1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
2. Masukkan daging, udang dan kelempong yang telah direbus bersama stok ayam. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan mi kuning, kicap pekat dan cuka. Gaulkan rata dan biarkan mi sedikit garing.
4. Setelah itu masukkan tauhu, ubi kentang, tomato, taugeh dan juga kucai. Kacau hingga sebati.
5. Pecahkan telur dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan bersama hirisan cili, telur rebus, limau nipis dan juga daun bawang.



    Bingka Labu


    Bahan2
    1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos-timbang dlm 400 gm
    240 gm gula pasir
    250 gm tepung gandum
    3 biji telur (A)-guna 4 biji telur saiz M
    1 cawan santan pekat- guna 1/2 pekat santan debu jadikan 1 cwn
    125 gm marjerin ~ cairkan

    Cara Menyediakan
    1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
    2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
    3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
    4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
    5. Panaskan ketuhar 175C.
    6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
    7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

    Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.

    BINGKA UBI KAYU
    Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

    4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

    2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
    1 cawan gula pasir
    1/2 sudu teh garam
    sedikit pewarna kuning

    Cara membuatnya:

    1.  Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
    2.  ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.
    3.   Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang
     
    RESEPI : PAI SHEPHERD
    SUMBER: BUKU MAKANAN BARAT OLEH CHEF HANIELIZA

    Bahan A (utk inti):
    • 500 gm daging kisar
    • 1 labu bwg besar - dipotong dadu (sy guna bwg holland)
    • 1 ulas bwg putih
    • 1 cwn kacang panggang - sy tak letak sebab anak kurang gemar
    • 8 biji cendawan butang - dibelah 4 ( sy hiris je)
    • 5 biji tomato yg masak - sy guna cuma sebiji je sebab anak2 tak gemar sangat tomato ni
    • 1 btg lobak merah - dipotong dadu
    • 1 pokok daun parsli - dicincang ( sy guna dried parsley)
    • 1 sdm tepung jagung dibancuh ngan 1 cwn air
    • 1 sdm serbuk lada hitam
    • 1 kiub stok daging - sy guna jenama Knorr
    • 2 sdm minyak masak
    • garam secukup rasa
    • *** sy tambah sedikit capsicum kuning, merah & hijau - saje nak bagi colour
    • *** sy tambah keju parmesan sebagai bahan tabur

    Bahan B (untuk pai):
    • 1 kg kentang
    • 1/2 cwn susu segar - sy guna low fat milk jenama Dutch Lady
    • 2 sdm mentega - sy guna unsalted
    • 1 sdt serbuk lada sulah
    • garam secukup rasa
    • air untuk merebus kentang

    Cara membuat Inti:
    1. Panaskan minyak, tumis bwg besar & bwg putih sehingga wangi.
    2. masukkan daging kisar & cendawan butang, kacau rata hingga daging masak
    3. masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
    4. apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak
    5. angkat dan masukkan kedalm mangkuk kaca tahan panas atau apa acuan yg digemari.

    Cara membuat pai:
    1. Kentang direbus dengan air dan garam hingga kentang empuk (sy kukus je kentang tu).
    2. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
    3. Ratakan kentang ke dalam acuan yg mengandungi inti tadi.
    4. Taburkan keju parmesan.
    5. Bakar di dalm oven yang dipanaskan pada suhu 200 c selama 30 minit.

    PUDING ROTI MARBLE

    Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

    • 12 keping roti putih - disiat2
    • 2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)
    • 4 sb susu manis
    • 1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
    • 2 biji telur
    • 3 sb tepung jagung
    • 2 sb mentega/majerin
    • 1 sk esen vanilla
    • 1/4 sk garam
    • 100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
    • pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)

    Cara-cara

    1. Puding_roti_d_mix
      Satukan kesemua bahan2 kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk.
    2. Puding_roti_d_blend
      Kisar bahan2 tadi hingga halus.
    3. Puding_roti_d_marble
      Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh choc pd 1 bahagian.Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling.
    4. Puding_roti_pelangi_d_kukus
      Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
    5. Biarkan puding sejuk di dalam loyang.
    6. Puding_roti_pelangi_kukus
      Potong dan sajikan.