Memaparkan catatan dengan label Cikgu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cikgu. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

Salam Tahun 2012

Salam semua,

Ermmm agak lama aku tidak membuka blog milikku ini.  Hari ini aku kembali untuk menulis sesuatu untuk kalian.  Hari ini merupakan hari kelima kita berada di tahun 2012.  Tahun baru yang pasti menjanjikan sinar harapan untuk kita meneruskan sisa-sisa kehidupan ini.

Pastinya tahun 2011 telah kita tinggalkan dengan seribu macam cerita, kenangan, suka-duka dan pelbagai lagi yang pasti mencuit hati jika kita mengingatinya.  Kita juga perlu realistik.  Apa yang kita tinggalkan pada tahun 2011 tidak perlu diingati lagi.  Cukuplah semua itu menjadi memori yang terindah dalam lipatan sejarah hidup kita.

Tahun 2012 kusambut dengan azam yang tinggi melangit.  Aku ingin meneruskan perjuanganku dalam bidang pendidikan.  Segala kelemahan yang kulakukan pada tahun-tahun sebelumnya akan kujadikan sempadan untuk aku terus maju dan bersemangat demi anak-anak didikku.

Ketika melangkah ke kelas buat pertama kalinya, aku menatap wajah-wajah kecil muridku.  Menatap wajah-wajah kecil itu membuatkan aku berkata dalam diriku ini bahawa mereka sangat memerlukan aku untuk menjadi pendamping mereka sepanjang tahun ini.  Lantaran itu, aku telah berjanji pada diriku bahawa harapan mereka dan ibu bapa mereka tidak akan kusia-siakan.  Akan kupastikan mereka mengenggam kejayaan pada akhir tahun 2012 ini.

Hari ini, aku dan warga sekolahku telah dikejutkan dengan berita pemergiaan salah seorang rakan sekerja kami iaitu Allahyarhamah Haslina binti Salleh.  Pemergiaan arwah menjadi satu tamparan kepada kami kerana arwah merupakan seorang guru yang baik dan sentiasa berfikiran positif.  Harapanku, arwah akan ditempatkan bersama-sama orang yang dirahmati Allah.  Aku dan rakan-rakan pasti akan meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan ini. Amin.

Rasanya cukuplah untuk kali ini.  Lain kali pasti aku akan menulis lagi.
Sekian.

Jumaat, 18 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN

Terlalu cepat masa berlaku. Pejam celik dah akhir tahun dah.
Jamuan akhir tahun merupakan acara tahun biasa bagi setiap sekolah.

Tahun jamuan akhir tahun diadakan serentak dengan jamuan perpisahan akhir tahun kepada 7 orang guru yang akan bertukar sekolah.  Ini bermakna kami akan kehilangan rakan sekerja.  Rata-rata guru yang bertukar telah berkhidmat di sekolah kami lebih daripada 10 tahun kecuali Puan Masliza dan Miss Wong Lee Lee.




Puan Samsiah akan ke SK Bukit Nanas dan Puan Azizah akan ke SK Padang Air


Puan Masliza akan ke SK Tanjong Gelam

Puan Suraini(tudung pink) akan bertukar ke SK Maktab Perguruan Dato Razali


Cikgu Zulkifli Chik yang akan bertukar ke SK Teluk Pasu tidak hadir ke jamuan tersebut.
Selamat bertukar  dan selamat bercuti kepada semua yang lain.



















Isnin, 12 September 2011

Sukarnya menjadi ketua

Salam kepada semua,

Hari ini hati terasa sedih sangat.  Sukarnya untuk melakukan sesuatu jika diri dianggap lemah. 
Kerja di mana-mana pun sama je.  Ada sahaja rasa tak puashati, ada sahaja yang memprotes, ada sahaja yang menunjuk pandai dan ada sahaja yang memberi seribu alasan.

Kerja akan menjadi sukar apabila seseorang hanya pandai berbicara dan tak mahu mendengar arahan.  Aku nak cerita satu situasi yang berlaku.  Cerita tentang seseorang yang tidak mahu diarah atau orang lain meninggikan suara kepadanya.  Apa yang aku tahu, dia sendiri selalu tinggikan nada suara kepada orang lain.  Bosan sungguh dengan manusia macam ini.  Menganggap orang lain tidak tahu bekerja dan hanya dirinya sahaja yang cemerlang dan sempurna.

Ketika aku mengarahkannya untuk melakukan sesuatu pekerjaan, dia memberikan alasan.  Dia nak menumpukan kepada murid-muridnya yang akan menghadapi peperiksaan.  Sedih sungguh rasanya.  Apa yang aku tidak puashati ialah caranya memberikan alasan yang tidak logik.  Semua guru lain juga ada komitmen yang sama.

Susah manusia ni kalau tidak mahu muhasabah diri sendiri.  Kalau betul dia seorang yang komited kepada tugasnya, pasti dia tidak akan cakap perkara yang tidak logik dan tak boleh masuk akal.  Kenapa saya bercakap demikian?  Ini kerana kerja yang aku suruh dia lakukan hanya mengambil masa paling lama satu jam sahaja.  Bukan lama pun.

Cuba kalian fikir.  Hanya kerja yang mengambil masa sejam itu sahaja, dia sanggup membebel sehingga satu bilik guru dengar.  Katanya aku memperlekehkannya.  Pelik kan.  Hanya kerana itu, dia mengungkit segala kerja yang dia lakukan.  Itukah sikap guru yang komited.  Macam mana anak murid nak hormat kepada cikgu kalau cikgu sendiri tidak menunjukkan sikap yang baik.

Dia tak sanggup buat kerja sejam kerana ingin mengajar budak-budaknya tapi sanggup marah-marah kat aku dan kawan-kawan kerana namanya gugur daripada menyertai lawatan.  Dia sanggup tinggalkan anak-anak didiknya berhari-hari semata-mata untuk mengikut rombongan sekolah.  Komitedkah guru ini.  Fikirlah sendiri.

Lantaran itu, berfikirlah dan muhasabahlah diri sendiri sebelum berkata.  Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna.  Jangan memperbesar perkara yang remeh temeh. Ingatlah, kadang-kadang kita membuka kelemahan diri sendiri.  Manusia yang suka bersunggut dan memberikan alasan bukanlah manusia yang cemerlang dan komited.  Itu sikap manusia yang lemah.

Aku berharap aku mampu bersabar dan tidak menjadi seperti dia.



Isnin, 25 Julai 2011

Semuanya salah cikgu..pelik betul

Image Hosting
Dulu sebelum aku menjadi guru, aku selalu menyalahkan guru jika ada terpapar berita mengenai kes guru di saman, guru mencederakan murid, guru mendenda murid dan sebagainya. Setelah menjadi guru barulah aku faham kenapa dan mengapa tindakan guru kadang kadang terlebih dan menjadi isu besar. Kerananya budak budak pada hari ini, semakin manja dan kurang ajar kepada guru, bukan sahaja guru rasanya mungkin kepada mak bapak sendiri di rumah.

Tekanan guru sebagai manusia jangan kita lupa. Guru mendenda dan menghukum bukan kerana suka atau saja saja. Tindakan yang d buat bersebab dan ada justifikasinya. Sepatutnya ada pihak yang membela guru dan mencari punca menagapa dan kenapa sesuatu perkara bukan hanya membela murid semata mata.
Apa apa yang berlaku semuanya akan di salahkan kepada guru. Anak murid menumbuk guru, guru di salahkan kerana gagal mengawal murid. Guru juga di salahkan dan di saman jika mereka mendenda dan menghukum murid. Akhirnya murid semakin besar kepala dan semakin manja.
Ada kes guru tercederakan murid secara tidak sengaja maka kecohlah seluruh negara. Semuanya bersuara menyalahkan guru, sampai terlupa isu utamanya adalah kes displin murid yang semakin merosot.

Kalau murid anak orang kaya , maka murid akan menjadi semakin manja dan di manjakan oleh mak bapak. Mereka kaya dan berpelajaran yang mana sesetengah mereka berpelajaran lebih tinggi daripada guru sendiri. Tapi mereka lupa atas kerjaya guru ini anak mereka mendapat pendidikan dan pelajaran.
Adakah mereka sendiri sempat untuk mengajar anak mereka sendiri , walaupun mak bapak ni dikira sebagai ‘educated’ ?. Berapa ramai yang mempunyai masa untuk mengajar anak mereka di rumah? . Jawapannya sudah tentu kita tahu. Tak semua mak bapak sempat nak mengajar anak mereka sendiri di rumah kerana kesibukan bekerja, terutama mak bapak yang bekerja di bandar besar dan memegang jawatan besar.

Baru baru ni keluar dalam berita tentang murid menumbuk guru. Di tunjukkan di dalam buletin utama, di upload di dalam youtube oleh seseorang. Mungkin oleh perakam video itu yang mungkin guru itu sendiri. Menunjukkan sikap kurang ajar murid terhadap guru. Sikap cuba melawan cakap guru. Itupun masih ada suara suara sumbang yang masih menyalahkan guru sendiri. Entahlah….