Dulu sebelum aku menjadi guru, aku selalu menyalahkan guru jika ada terpapar berita mengenai kes guru di saman, guru mencederakan murid, guru mendenda murid dan sebagainya. Setelah menjadi guru barulah aku faham kenapa dan mengapa tindakan guru kadang kadang terlebih dan menjadi isu besar. Kerananya budak budak pada hari ini, semakin manja dan kurang ajar kepada guru, bukan sahaja guru rasanya mungkin kepada mak bapak sendiri di rumah.
Tekanan guru sebagai manusia jangan kita lupa. Guru mendenda dan menghukum bukan kerana suka atau saja saja. Tindakan yang d buat bersebab dan ada justifikasinya. Sepatutnya ada pihak yang membela guru dan mencari punca menagapa dan kenapa sesuatu perkara bukan hanya membela murid semata mata.
Apa apa yang berlaku semuanya akan di salahkan kepada guru. Anak murid menumbuk guru, guru di salahkan kerana gagal mengawal murid. Guru juga di salahkan dan di saman jika mereka mendenda dan menghukum murid. Akhirnya murid semakin besar kepala dan semakin manja.
Ada kes guru tercederakan murid secara tidak sengaja maka kecohlah seluruh negara. Semuanya bersuara menyalahkan guru, sampai terlupa isu utamanya adalah kes displin murid yang semakin merosot.
Kalau murid anak orang kaya , maka murid akan menjadi semakin manja dan di manjakan oleh mak bapak. Mereka kaya dan berpelajaran yang mana sesetengah mereka berpelajaran lebih tinggi daripada guru sendiri. Tapi mereka lupa atas kerjaya guru ini anak mereka mendapat pendidikan dan pelajaran.
Adakah mereka sendiri sempat untuk mengajar anak mereka sendiri , walaupun mak bapak ni dikira sebagai ‘educated’ ?. Berapa ramai yang mempunyai masa untuk mengajar anak mereka di rumah? . Jawapannya sudah tentu kita tahu. Tak semua mak bapak sempat nak mengajar anak mereka sendiri di rumah kerana kesibukan bekerja, terutama mak bapak yang bekerja di bandar besar dan memegang jawatan besar.
Baru baru ni keluar dalam berita tentang murid menumbuk guru. Di tunjukkan di dalam buletin utama, di upload di dalam youtube oleh seseorang. Mungkin oleh perakam video itu yang mungkin guru itu sendiri. Menunjukkan sikap kurang ajar murid terhadap guru. Sikap cuba melawan cakap guru. Itupun masih ada suara suara sumbang yang masih menyalahkan guru sendiri. Entahlah….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan