Huh ? Nape gaji sebulan tak cukup ?Macam mana nak komen bab gaji ni ye. Tersilap komen, nanti kita dikatakan tak bersyukur ngan rezeki yang ada. Pasti ramai yang akan mengomel. Dah tau gaji tak banyak, kenapa nak membeli di luar kemampuan.
Pada aku, bukan soal membeli di luar kemampuan atau sebaliknya. Aku sendiri bukannya tak beringat ketika keluar membeli barang-barang dapur. Apa yang aku beli setiap bulan hampir sama. Kalau ada yang terlebih pun hanya satu atau dua barang sahaja. Itu pun hanyalah sekali sekala, Apa yang berbeza ialah kuantiti namun barangan yang dibeli tetap aje sama. Harga yang berbeza. Semua barang naik harga.
Minggu depan dah masuk bulan puasa. Harga barang pasti meningkat lagi. Adakah nak disalahkan pengguna lagi? Kita selalu disuruh untuk berhemah ketika membeli barangan. Macam mana nak berhemah kalau harga barangan asyik naik je. Turun tak pernah sekali. ermmmm..............
Sekarang cuaca di tempat aku ni tak menentu. Tetiba je ribut petir datang melanda. Tadi pun ketika nak gi mengajar, waktu keluar rumah ok je. Ketika kereta masuk ke perkarangan sekolah, hujan turun ngan lebatnya. Saat ini aku terfikir tentang harga ikan. Ikan kerisi dah meningkat hingga RM15.00 sekilo. Begitu juga ngan harga ikan kembung. Dah lah tu, satu hal lagi ialah ikan-ikan tu bukannya ikan segar. Banyaknya datang dari negara jiran. Rasanya....... almaklum je lah ek. Jarang sekali di tempat aku ni makan ikan yang tak segar. Bukan nak berlagak tapi kawasan aku ni memang kawasan nelayan.
Seorang rakan mengadu beberapa hari sebelum Ramadhan ni, mengenai mahalnya harga ikan di pasar dan seorang penjual ikan memberi amaran harga ikan akan naik lagi sebab "bulan puasa". Peniaga ikan itu seperti juga kebanyakan peniaga lain mungkin sudah mencongak-congak keuntungan yang boleh diraih dalam bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.

Nak mula cerita pasal harga barang semua dah naik..Kenapa naik? Bagaimana cara naik? Apa barang yang naik? Apa punca naik? Apa kesan naik? Pening..sangat-sangat terkesan lebih-lebih lagi suri-suri rumah di luar sana..
Bila harga barang semakin hari semakin menggila naiknya, suri rumah yang sering menguruskan wang suami sangat-sangat terasa dengan keadaan ini..manakan tidak..segala keperluan dapur, suri rumah yang uruskan..Tapi aku ni taklah terasa sangat kerana dalam banyak hal, suami aku turut sama dalam perkara ni sebab dia suka masuk ke dapur dan selalu memeriksa barang keperluan apa yang sudah habis..
Baru-baru ini kerajaan dah umumkan kenaikan harga barang-barang tertentu, dan penghapusan subsidi. Memang kita tak patut dimanjakan dengan subsidi jika ingin bersaing dengan bangsa lain. Tetapi dari sudut lain, subsidi petrol umpamanya memberi faedah kepada golongan berpendapatan kecil dan sederhana untuk menyara kehidupan.
Kerajaan berhak menaikkan cukai dan memansuhkan subsidi, tapi macamana pulak dengan kadar gaji? Kalau dilihat dari segi indeks kenaikan harga barang, langsung tak sepadan dengan kenaikan gaji yang hanya naik seciput setahun. Dalam sesetengah syarikat kenaikan gaji tak sampai RM100 pun setahun sedangkan harga tol naik 2 kali. Berat juga untuk juggle perbelanjaan dan seimbangkan dengan keperluan keluarga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Shahrir Abdul Samad baru-baru ini berkata pihaknya sudah mendapat jaminan daripada semua pihak bahawa bekalan barangan mencukupi pada harga yang stabil. Beliau berkata tidak ada alasan untuk pengilang, pengusaha, pengedar dan peruncit untuk menaikkan harga. "Di sebalik jaminan kerajaan, pengguna masih berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang dan bekalan yang tidak mencukupi. "Fomca berharap kerajaan akan bersikap lebih tegas terhadap pembekal yang mengambil kesempatan pada musim perayaan dengan mewujudkan kekurangan bekalan secara palsu supaya mereka boleh menaikkan harga barangan," kata Mohd Yusof.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan