Salam kepada semua,
Hari ini hati terasa sedih sangat. Sukarnya untuk melakukan sesuatu jika diri dianggap lemah.
Kerja di mana-mana pun sama je. Ada sahaja rasa tak puashati, ada sahaja yang memprotes, ada sahaja yang menunjuk pandai dan ada sahaja yang memberi seribu alasan.
Kerja akan menjadi sukar apabila seseorang hanya pandai berbicara dan tak mahu mendengar arahan. Aku nak cerita satu situasi yang berlaku. Cerita tentang seseorang yang tidak mahu diarah atau orang lain meninggikan suara kepadanya. Apa yang aku tahu, dia sendiri selalu tinggikan nada suara kepada orang lain. Bosan sungguh dengan manusia macam ini. Menganggap orang lain tidak tahu bekerja dan hanya dirinya sahaja yang cemerlang dan sempurna.
Ketika aku mengarahkannya untuk melakukan sesuatu pekerjaan, dia memberikan alasan. Dia nak menumpukan kepada murid-muridnya yang akan menghadapi peperiksaan. Sedih sungguh rasanya. Apa yang aku tidak puashati ialah caranya memberikan alasan yang tidak logik. Semua guru lain juga ada komitmen yang sama.
Susah manusia ni kalau tidak mahu muhasabah diri sendiri. Kalau betul dia seorang yang komited kepada tugasnya, pasti dia tidak akan cakap perkara yang tidak logik dan tak boleh masuk akal. Kenapa saya bercakap demikian? Ini kerana kerja yang aku suruh dia lakukan hanya mengambil masa paling lama satu jam sahaja. Bukan lama pun.
Cuba kalian fikir. Hanya kerja yang mengambil masa sejam itu sahaja, dia sanggup membebel sehingga satu bilik guru dengar. Katanya aku memperlekehkannya. Pelik kan. Hanya kerana itu, dia mengungkit segala kerja yang dia lakukan. Itukah sikap guru yang komited. Macam mana anak murid nak hormat kepada cikgu kalau cikgu sendiri tidak menunjukkan sikap yang baik.
Dia tak sanggup buat kerja sejam kerana ingin mengajar budak-budaknya tapi sanggup marah-marah kat aku dan kawan-kawan kerana namanya gugur daripada menyertai lawatan. Dia sanggup tinggalkan anak-anak didiknya berhari-hari semata-mata untuk mengikut rombongan sekolah. Komitedkah guru ini. Fikirlah sendiri.
Lantaran itu, berfikirlah dan muhasabahlah diri sendiri sebelum berkata. Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna. Jangan memperbesar perkara yang remeh temeh. Ingatlah, kadang-kadang kita membuka kelemahan diri sendiri. Manusia yang suka bersunggut dan memberikan alasan bukanlah manusia yang cemerlang dan komited. Itu sikap manusia yang lemah.
Aku berharap aku mampu bersabar dan tidak menjadi seperti dia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan