Jumaat, 30 September 2011

Terima Kasih Semua

Salam semua...................


Hari ini aku ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang memberi sokongan kepada diri ini dalam tempoh aku mengharungi suka duka sebagai pelajar jarak jauh.  Suatu tempoh yang banyak memberi pengajaran dalam hidup aku.
Kini......... aku sangat menghargai segala pengorbanan insan-insan yang banyak membantu aku.

Pertama, setinggi penghargaan kepada suami tercinta......
Terima kasih suamiku yang begitu banyak membantu dan memberikan sokongan moral untuk aku terus berjaya hingga akhirnya mengenggam segulung ijazah.  Pengorbanan yang diberikan tak terbalas.  Pastinya tanpa suamiku ini, aku sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya, rumahtangga dan pelajaran.


Kedua, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada abang Fikri yang memberikan motivasi untuk aku terus belajar.  Dorongan dan nasihat yang abang Fikri berikan sangat kuhargai.  Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan abang Fikri tapi aku sangat berterima kasih kerana beliau banyak membantu dengan memberikan pendapat yang berguna untuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.  Terima kasih abang Fikri......Maaf aku tidak memiliki gambar abang Fikri untuk aku paparkan di sini.

Ketiga, rakanku yang sentiasa bersama-sama dalam pjj ini.  Terima kasih kepada adik Roslina.  Selama empat tahun kita bersama-sama mengulang kaji pelajaran, sebilik ketika kursus intensif dan melancong bersama-sama.  Maafkan jika ada salah silap selama kita bersama-sama.  Harapnya kita akan sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Roslina, Kak Maslieha, Kak Zainun dan Wan Mariah


Keempat, anak-anakku yang selalu ditinggalkan pada setiap kali aku menjalani kursus intensif di kampus induk USM.  Pastinya mereka sangat memahami cita-citaku untuk meraih kejayaan hidup.



Kelima, kepada anak-anak didikku di sekolah.  Pastinya kalian selalu ditinggalkan di kelas saat cikgu menghadiri peperiksaan akhir.  Cikgu mengharapkan kalian memaafkan cikgu kerana sering tidak ada di sekolah.  Harap kalian halalkan sepanjang ketiadaan cikgu di sekolah.  Doa kalian ketika cikgu menjalani peperiksaan sangat cikgu hargai. Kejayaan cikgu ini juga untuk kalian.
sebahagian anak-anak muridku

Akhir sekali, kepada ibu bapa dan kedua-dua mentuaku.  Emak dan ayah sudah lama ingin melihat kejayaanku mendapatkan segulung ijazah.  Hari ini, aku gembira kerana dapat memenuhi impian emak dan ayah.  Begitu juga sekalung kejayaan ini juga aku sembahkan kepada kedua-dua mentuaku.

emak dan ayahku
emak dan bapa mentua

Akhir kata, sekalung tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan pengorbanan. Doakan agar aku terus berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan