Isnin, 12 September 2011

Senyuman itu penyejuk hati

Senyuman itu.............

1.  Menarik rezeki  seperti pepatah cina yang menyebut  " A man without a smile cannot open a shop.

2.  Menarik sahabat, rakan dan taulan  :  Ramai orang suka akan orang yang mudah tersenyum dan sabar.  Ini kerana senyuman itu bukan sahaja membuatkan seseorang itu mudah mendapat rezeki tetapi juga mudah untuk mendapat sahabat.

3.  Penyejuk hati  :  Senyuman akan menewaskan kemarahan seseorang.  Suami akan terhibur dengan isterinya yang banyak menguntumkan senyuman dan mengeluarkan kata-kata manis.

4.  Ikhlas hati  :  Senyuman selalu mendidik hati menjadi ikhlas.  Ikhlas pula akan membuatkan seseorang sentiasa bersyukur sama ada ketika hadirnya nikmat mahupun ujian.  Hati akan menjadi redha.


Cubalah senyum selalu. bukan hati orang yang melihat sahaja berbunga riang, hati orang yang tersenyum juga rasa damai kerana senyuman mengeluarkan rembesan hormon dan menstimulasikan kelenjar di bahagian kepala menerbitkan rasa damai dan tenang.
sunyuman itu semurah – murah sedegah. bersedeqahlah selalu sebagai bekalan di sana nanti.
hidup berilmu, ceria selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan