Jumaat, 30 September 2011

Terima Kasih Semua

Salam semua...................


Hari ini aku ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang memberi sokongan kepada diri ini dalam tempoh aku mengharungi suka duka sebagai pelajar jarak jauh.  Suatu tempoh yang banyak memberi pengajaran dalam hidup aku.
Kini......... aku sangat menghargai segala pengorbanan insan-insan yang banyak membantu aku.

Pertama, setinggi penghargaan kepada suami tercinta......
Terima kasih suamiku yang begitu banyak membantu dan memberikan sokongan moral untuk aku terus berjaya hingga akhirnya mengenggam segulung ijazah.  Pengorbanan yang diberikan tak terbalas.  Pastinya tanpa suamiku ini, aku sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya, rumahtangga dan pelajaran.

Rabu, 14 September 2011

PANTUN



           Pantun adalah cabang puisi melayu klasik yang mengandungi ucapan kemelayuan yang indah . Dalam pantun terkandung seluruh jiwa , seni , kebijaksanaan , budi bahasa dan pandangan dunia melayu . Dalam pantun juga terkandung umpama atau seperti yang merupakan makna pantun . Selain itu , pantun juga sarat dengan kias dan makna yang berkait rapat dengan kasih sayang , nasihat , sindiran dan tunjuk ajar. Pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud tetapi kedua – dua bahagian tersebut tertaut secara interaktif sehingga menjadi pengucapan yang indah .

Isnin, 12 September 2011

Senyuman itu penyejuk hati

Senyuman itu.............

1.  Menarik rezeki  seperti pepatah cina yang menyebut  " A man without a smile cannot open a shop.

2.  Menarik sahabat, rakan dan taulan  :  Ramai orang suka akan orang yang mudah tersenyum dan sabar.  Ini kerana senyuman itu bukan sahaja membuatkan seseorang itu mudah mendapat rezeki tetapi juga mudah untuk mendapat sahabat.

3.  Penyejuk hati  :  Senyuman akan menewaskan kemarahan seseorang.  Suami akan terhibur dengan isterinya yang banyak menguntumkan senyuman dan mengeluarkan kata-kata manis.

4.  Ikhlas hati  :  Senyuman selalu mendidik hati menjadi ikhlas.  Ikhlas pula akan membuatkan seseorang sentiasa bersyukur sama ada ketika hadirnya nikmat mahupun ujian.  Hati akan menjadi redha.

Sukarnya menjadi ketua

Salam kepada semua,

Hari ini hati terasa sedih sangat.  Sukarnya untuk melakukan sesuatu jika diri dianggap lemah. 
Kerja di mana-mana pun sama je.  Ada sahaja rasa tak puashati, ada sahaja yang memprotes, ada sahaja yang menunjuk pandai dan ada sahaja yang memberi seribu alasan.

Kerja akan menjadi sukar apabila seseorang hanya pandai berbicara dan tak mahu mendengar arahan.  Aku nak cerita satu situasi yang berlaku.  Cerita tentang seseorang yang tidak mahu diarah atau orang lain meninggikan suara kepadanya.  Apa yang aku tahu, dia sendiri selalu tinggikan nada suara kepada orang lain.  Bosan sungguh dengan manusia macam ini.  Menganggap orang lain tidak tahu bekerja dan hanya dirinya sahaja yang cemerlang dan sempurna.

Ketika aku mengarahkannya untuk melakukan sesuatu pekerjaan, dia memberikan alasan.  Dia nak menumpukan kepada murid-muridnya yang akan menghadapi peperiksaan.  Sedih sungguh rasanya.  Apa yang aku tidak puashati ialah caranya memberikan alasan yang tidak logik.  Semua guru lain juga ada komitmen yang sama.

Susah manusia ni kalau tidak mahu muhasabah diri sendiri.  Kalau betul dia seorang yang komited kepada tugasnya, pasti dia tidak akan cakap perkara yang tidak logik dan tak boleh masuk akal.  Kenapa saya bercakap demikian?  Ini kerana kerja yang aku suruh dia lakukan hanya mengambil masa paling lama satu jam sahaja.  Bukan lama pun.

Cuba kalian fikir.  Hanya kerja yang mengambil masa sejam itu sahaja, dia sanggup membebel sehingga satu bilik guru dengar.  Katanya aku memperlekehkannya.  Pelik kan.  Hanya kerana itu, dia mengungkit segala kerja yang dia lakukan.  Itukah sikap guru yang komited.  Macam mana anak murid nak hormat kepada cikgu kalau cikgu sendiri tidak menunjukkan sikap yang baik.

Dia tak sanggup buat kerja sejam kerana ingin mengajar budak-budaknya tapi sanggup marah-marah kat aku dan kawan-kawan kerana namanya gugur daripada menyertai lawatan.  Dia sanggup tinggalkan anak-anak didiknya berhari-hari semata-mata untuk mengikut rombongan sekolah.  Komitedkah guru ini.  Fikirlah sendiri.

Lantaran itu, berfikirlah dan muhasabahlah diri sendiri sebelum berkata.  Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna.  Jangan memperbesar perkara yang remeh temeh. Ingatlah, kadang-kadang kita membuka kelemahan diri sendiri.  Manusia yang suka bersunggut dan memberikan alasan bukanlah manusia yang cemerlang dan komited.  Itu sikap manusia yang lemah.

Aku berharap aku mampu bersabar dan tidak menjadi seperti dia.