Jumaat, 18 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN

Terlalu cepat masa berlaku. Pejam celik dah akhir tahun dah.
Jamuan akhir tahun merupakan acara tahun biasa bagi setiap sekolah.

Tahun jamuan akhir tahun diadakan serentak dengan jamuan perpisahan akhir tahun kepada 7 orang guru yang akan bertukar sekolah.  Ini bermakna kami akan kehilangan rakan sekerja.  Rata-rata guru yang bertukar telah berkhidmat di sekolah kami lebih daripada 10 tahun kecuali Puan Masliza dan Miss Wong Lee Lee.




Puan Samsiah akan ke SK Bukit Nanas dan Puan Azizah akan ke SK Padang Air


Puan Masliza akan ke SK Tanjong Gelam

Puan Suraini(tudung pink) akan bertukar ke SK Maktab Perguruan Dato Razali


Cikgu Zulkifli Chik yang akan bertukar ke SK Teluk Pasu tidak hadir ke jamuan tersebut.
Selamat bertukar  dan selamat bercuti kepada semua yang lain.



















Jumaat, 30 September 2011

Terima Kasih Semua

Salam semua...................


Hari ini aku ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang memberi sokongan kepada diri ini dalam tempoh aku mengharungi suka duka sebagai pelajar jarak jauh.  Suatu tempoh yang banyak memberi pengajaran dalam hidup aku.
Kini......... aku sangat menghargai segala pengorbanan insan-insan yang banyak membantu aku.

Pertama, setinggi penghargaan kepada suami tercinta......
Terima kasih suamiku yang begitu banyak membantu dan memberikan sokongan moral untuk aku terus berjaya hingga akhirnya mengenggam segulung ijazah.  Pengorbanan yang diberikan tak terbalas.  Pastinya tanpa suamiku ini, aku sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya, rumahtangga dan pelajaran.

Rabu, 14 September 2011

PANTUN



           Pantun adalah cabang puisi melayu klasik yang mengandungi ucapan kemelayuan yang indah . Dalam pantun terkandung seluruh jiwa , seni , kebijaksanaan , budi bahasa dan pandangan dunia melayu . Dalam pantun juga terkandung umpama atau seperti yang merupakan makna pantun . Selain itu , pantun juga sarat dengan kias dan makna yang berkait rapat dengan kasih sayang , nasihat , sindiran dan tunjuk ajar. Pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud tetapi kedua – dua bahagian tersebut tertaut secara interaktif sehingga menjadi pengucapan yang indah .

Isnin, 12 September 2011

Senyuman itu penyejuk hati

Senyuman itu.............

1.  Menarik rezeki  seperti pepatah cina yang menyebut  " A man without a smile cannot open a shop.

2.  Menarik sahabat, rakan dan taulan  :  Ramai orang suka akan orang yang mudah tersenyum dan sabar.  Ini kerana senyuman itu bukan sahaja membuatkan seseorang itu mudah mendapat rezeki tetapi juga mudah untuk mendapat sahabat.

3.  Penyejuk hati  :  Senyuman akan menewaskan kemarahan seseorang.  Suami akan terhibur dengan isterinya yang banyak menguntumkan senyuman dan mengeluarkan kata-kata manis.

4.  Ikhlas hati  :  Senyuman selalu mendidik hati menjadi ikhlas.  Ikhlas pula akan membuatkan seseorang sentiasa bersyukur sama ada ketika hadirnya nikmat mahupun ujian.  Hati akan menjadi redha.

Sukarnya menjadi ketua

Salam kepada semua,

Hari ini hati terasa sedih sangat.  Sukarnya untuk melakukan sesuatu jika diri dianggap lemah. 
Kerja di mana-mana pun sama je.  Ada sahaja rasa tak puashati, ada sahaja yang memprotes, ada sahaja yang menunjuk pandai dan ada sahaja yang memberi seribu alasan.

Kerja akan menjadi sukar apabila seseorang hanya pandai berbicara dan tak mahu mendengar arahan.  Aku nak cerita satu situasi yang berlaku.  Cerita tentang seseorang yang tidak mahu diarah atau orang lain meninggikan suara kepadanya.  Apa yang aku tahu, dia sendiri selalu tinggikan nada suara kepada orang lain.  Bosan sungguh dengan manusia macam ini.  Menganggap orang lain tidak tahu bekerja dan hanya dirinya sahaja yang cemerlang dan sempurna.

Ketika aku mengarahkannya untuk melakukan sesuatu pekerjaan, dia memberikan alasan.  Dia nak menumpukan kepada murid-muridnya yang akan menghadapi peperiksaan.  Sedih sungguh rasanya.  Apa yang aku tidak puashati ialah caranya memberikan alasan yang tidak logik.  Semua guru lain juga ada komitmen yang sama.

Susah manusia ni kalau tidak mahu muhasabah diri sendiri.  Kalau betul dia seorang yang komited kepada tugasnya, pasti dia tidak akan cakap perkara yang tidak logik dan tak boleh masuk akal.  Kenapa saya bercakap demikian?  Ini kerana kerja yang aku suruh dia lakukan hanya mengambil masa paling lama satu jam sahaja.  Bukan lama pun.

Cuba kalian fikir.  Hanya kerja yang mengambil masa sejam itu sahaja, dia sanggup membebel sehingga satu bilik guru dengar.  Katanya aku memperlekehkannya.  Pelik kan.  Hanya kerana itu, dia mengungkit segala kerja yang dia lakukan.  Itukah sikap guru yang komited.  Macam mana anak murid nak hormat kepada cikgu kalau cikgu sendiri tidak menunjukkan sikap yang baik.

Dia tak sanggup buat kerja sejam kerana ingin mengajar budak-budaknya tapi sanggup marah-marah kat aku dan kawan-kawan kerana namanya gugur daripada menyertai lawatan.  Dia sanggup tinggalkan anak-anak didiknya berhari-hari semata-mata untuk mengikut rombongan sekolah.  Komitedkah guru ini.  Fikirlah sendiri.

Lantaran itu, berfikirlah dan muhasabahlah diri sendiri sebelum berkata.  Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna.  Jangan memperbesar perkara yang remeh temeh. Ingatlah, kadang-kadang kita membuka kelemahan diri sendiri.  Manusia yang suka bersunggut dan memberikan alasan bukanlah manusia yang cemerlang dan komited.  Itu sikap manusia yang lemah.

Aku berharap aku mampu bersabar dan tidak menjadi seperti dia.



Isnin, 1 Ogos 2011

Hari Pertama Puasa

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah............ dah habis pun satu hari kita jalani ibadat puasa.  Macam-macam kerenah yang dapat dilihat pada hari pertama puasa.
Seronok juga melihat anak-anak muridku berpuasa pada hari pertama ini.  Ada yang merengek keletihan, ada yang tak larat nak belajar dan........ ada yang segar semacam je.  Paling lucu........sorang anak muridku yang mengingatkanku tentang bilangan hari lagi yang kita semua akan jalani ibadat ini.

Balik dari sekolah, aku terus mengambil anak bongsuku di rumah emak.  Selepas itu, aku, suami dan anak-anak terus menuju ke pasar untuk membeli barangan basah untuk juadah berbuka pada petang nanti.  Kepalaku ligat berfikir tentang menu yang akan kumasak hari ini.  Akhirnya, aku membeli ikan tongkol, santan dan ayam.

Selesai solat Zuhur, aku terus ke dapur.  Selesai membersihkan semua bahan, akhirnya aku masak sayur lemak timun, ikan tongkol masak asam, ayam masak tomato untuk anak perempuanku dan soto ayam untuk anak lelakiku.    Penat betul terasa.................

Jam 6.00 petang, kami keluar dan menuju ke bazar Ramadhan.  Aku berkira-kira untuk membeli bubur lambuk.  Malangnya, aku tak dapat melihat juadah yang dijual di situ apatah lagi nak beli bubur lambuk kegemaranku.  Terlalu ramai pengunjung di bazar tersebut.  Aku hanya membeli 3 bungkus air tebu dan 2 bungkus air soya.

Malamnya, selesai solat Isyak, aku dan anak perempuanku baring di ruang keluarga.  Ketika itu, suami dan anak-anak lelakiku ke masjid untuk solat Terawih.  Aku tak sedar apa-apa dek penat............

Ahad, 31 Julai 2011

KEPENTINGAN SAHUR

Seringkali waktu sahur, anak susah dibangunkan. Terlalu pagi dan mengantuk, merupakan alasan yang paling utama. Meski begitu, jangan sampai anak melewatkan waktu sahur.
Sahur sebanding dengan sarapan, karena sedikitnya menyumbang sepertiga jumlah energi untuk satu hari (sekitar 300-675 kalori). Demikian pula dengan manfaatnya yaitu, sebagai sumber energi untuk melakukan kegiatan.
Roti, bisa menjadi pilihan untuk makan sahur.
Kegunaan sahur sama dengan sarapan. Sarapan penting bagi anak-anak mahupun dewasa, kerana dapat mempengaruhi kemampuan konsentrasi.
Nah, untuk mengakali agar anak tidak malas saat sahur, ada beberapa langkah yang dapat dilakukan. Antaranya dengan mencipta makanan sepinggan yang sarat gizi.
Makanan sepinggan lebih praktis namun memiliki zat gizi yang lengkap (karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan mineral). Supaya tidak bosan, berikan makanan yang bervariasi.
Misalnya, makaroni skotel sayuran yang terdiri atas campuran makaroni, telur, daging lembu kisar, wortel, brokoli, susu, dan taburan keju. Cukup beragam dan dapat memenuhi keperluan nutrisi anak dengan gizi seimbang.
Tidak ketinggalan, hal yang juga harus diperhatikan ketika anak berbuka puasa. Sajikan hidangan pembuka dengan sesuatu yang mampu meningkatkan kadar gula dalam darah supaya tidak lemah.
Namun bukan yang berasal daripada karbohidrat sederhana (gula), sebaiknya  karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks ini dapat diperoleh daripada buah-buahan untuk meningkatkan kadar gula darah secara perlahan-lahan.
Untuk menggugah selera makan sebaiknya sajikan hidangan berbuka (tajil) yang sarat gizi dengan komposisi gizi seimbang. Contoh, sari buah, atau makanan kecil kaya serat.
Berikan anak makanan secara berperingkat-peringkat, tajil dulu, lalu mintalah anak untuk melaksanakan ibadah salat Maghrib. Setelah itu, ajaklah anak mengonsumsi hidangan utama yang kaya nutrisi.
Untuk menggugah selera makan, sajikan hidangan sarat gizi dalam penataan yang menarik. Misal, nasi dibentuk sesuai dengan kegemaran anak-anak dan ditambahkan berbagai-bagai sayuran dan lauk sebagai hiasan, sekaligus pemenuh gizi seimbang.(Utami/Nakita/Annisa/Kidnesia)

Selasa, 26 Julai 2011

Ramadhan Datang Lagi


Pejam celik-pejam celik bulan ramadhan dah semakin menghampiri kita semua yeah!!!
Minggu depan, Ramadhan akan menjelma dan umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malamnya dengan ibadat terawih di masjid-masjid dan surau-surau.
Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisi Allah.
Sepanjang Ramadhan umat Islam digalakkan memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur, serta ditegah daripada melakukan pembaziran, tetapi malangnya masih ramai daripada kita yang memasak terlalu banyak hidangan atau dengan jalan paling mudah ialah membeli pelbagai juadah makanan dan minuman yang begitu banyak dijual di pasar dan bazar Ramadhan yang dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan pada bulan puasa.

Disebabkan terlalu banyak makanan yang dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep Ramadan itu sendiri.
Saban tahun apabila tiba sahaja Ramadan, hotel-hotel dan restoran mula dibanjiri dengan iklan bufet Ramadan bagi mempengaruhi mempengaruhi umat Islam agar supaya berbuka puasa di sana.
Dengan kadar bayaran dan harga serendah RM38 ++ hinggalah RM135++, seseorang itu boleh makan dan minum seberapa banyak yang disukai dengan pelbagai hidangan sehingga menjangkau lebih daripada 120 sajian bufet dan makanan pencuci mulut yang begitu menyelerakan.
Bufet Ramadhan ini juga turut disertakan dengan persembahan musik dan persembahan keroncong secara langsung ketika pengunjung sedang menjamu selera yang secara tidak langsung akan mengalih perhatian dan melalaikan daripada menghayati hikmah ibadah puasa itu sendiri di bulan yang mulia ini.

Mereka yang menikmati hidangan berbuka puasa secara bufet ini akan tertarik kepada makanan yang berbau harum dan kelihatan enak dimakan malah deria bau dan pandang sering menyebabkan seseorang itu mengambil makanan yang melebihi keperluannya.
Walaupun sikap melahap makanan ditegah dalam Islam namun tiada apa yang dapat menghalang umat Islam daripada tunduk kepada nafsu makan mereka ketika berbuka malah ada pula sesetengahnya beranggapan mereka perlu makan seberapa banyak yang mungkin supaya berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.
Disebabkan terlalu banyak makanan diletakkan ke dalam pinggan, ramai orang yang tidak mampu menghabiskannya, dan akhirnya makanan itu terbuang begitu sahaja.
Adakah umat Islam tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al A'raaf, ayat 3, "Makan dan minumlah , dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." Manakala Surah Al Israa', ayat 26 dan 27, "Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan."
Jika kita meneliti semula jumlah makanan yang dibazirkan pada bulan Ramadan terutama bufet di hotel, kita akan menyedari bahawa ummah masa kini pada umumnya sudah kehilangan perasaan kasih sayang sesama sendiri.

Ketika ramai berpeluang menikmati makanan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga sehingga ke tahap pembaziran, mereka lupa bahawa masih ada lagi saudara seagama dengan mereka yang menderita dalam kemiskinan dan kelaparan.
Apa yang berlaku ini amat bertentangan sekali dengan amalan Islam dan keadaan ini amat memalukan kerana perkara ini berlaku di negara ini. Ia juga memalukan untuk menggalakkan dan mempromosikan kegelojohan.
Selain pembaziran makanan, banyak masa terbuang ketika berbuka di hotel kerana mereka cenderung untuk makan dengan banyak sehingga menjadi terlalu kenyang yang memungkinkan kesukaran untuk menunaikan ibadat solat khususnya solat terawih di masjid.
Suasana serta amalan berbuka puasa di hotel seperti yang disebutkan diatas langsung tidak mencerminkan keberkesanan dan keberkatan ibadat puasa itu sendiri yang antara lain menuntut ummah agar tidak keterlaluan makan dan minum yang sekali gus membawa kepada pembaziran.
Ingatlah akan sabda Nabi Muhamad SAW, "Lawanlah nafsu makanmu dengan menahan lapar dan dahaga kerana ganjaran pahalanya sama seperti berjihad di jalan Allah. Tidak ada pengabdian yang lebih besar kepada Allah daripada menahan lapar dan dahaga."
Sehubungan dengan itu sempena hari yang baik dan bulan yang baik ini marilah kita bersama-sama kembali kepada ajaran Islam dan amalan yang sebenarnya serta tidak terpengaruh dengan perkara yang melalaikan dan merugikan.

Sesungguhnya ketahuilah bahawa bulan Ramadan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun dan Allah SWT menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ibadat, ketaatan dan taqarrub kepadaNya untuk menyuci diri.
Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlalulan dan semoga Ramadan ini akan dapat membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

Isnin, 25 Julai 2011

Semuanya salah cikgu..pelik betul

Image Hosting
Dulu sebelum aku menjadi guru, aku selalu menyalahkan guru jika ada terpapar berita mengenai kes guru di saman, guru mencederakan murid, guru mendenda murid dan sebagainya. Setelah menjadi guru barulah aku faham kenapa dan mengapa tindakan guru kadang kadang terlebih dan menjadi isu besar. Kerananya budak budak pada hari ini, semakin manja dan kurang ajar kepada guru, bukan sahaja guru rasanya mungkin kepada mak bapak sendiri di rumah.

Tekanan guru sebagai manusia jangan kita lupa. Guru mendenda dan menghukum bukan kerana suka atau saja saja. Tindakan yang d buat bersebab dan ada justifikasinya. Sepatutnya ada pihak yang membela guru dan mencari punca menagapa dan kenapa sesuatu perkara bukan hanya membela murid semata mata.
Apa apa yang berlaku semuanya akan di salahkan kepada guru. Anak murid menumbuk guru, guru di salahkan kerana gagal mengawal murid. Guru juga di salahkan dan di saman jika mereka mendenda dan menghukum murid. Akhirnya murid semakin besar kepala dan semakin manja.
Ada kes guru tercederakan murid secara tidak sengaja maka kecohlah seluruh negara. Semuanya bersuara menyalahkan guru, sampai terlupa isu utamanya adalah kes displin murid yang semakin merosot.

Kalau murid anak orang kaya , maka murid akan menjadi semakin manja dan di manjakan oleh mak bapak. Mereka kaya dan berpelajaran yang mana sesetengah mereka berpelajaran lebih tinggi daripada guru sendiri. Tapi mereka lupa atas kerjaya guru ini anak mereka mendapat pendidikan dan pelajaran.
Adakah mereka sendiri sempat untuk mengajar anak mereka sendiri , walaupun mak bapak ni dikira sebagai ‘educated’ ?. Berapa ramai yang mempunyai masa untuk mengajar anak mereka di rumah? . Jawapannya sudah tentu kita tahu. Tak semua mak bapak sempat nak mengajar anak mereka sendiri di rumah kerana kesibukan bekerja, terutama mak bapak yang bekerja di bandar besar dan memegang jawatan besar.

Baru baru ni keluar dalam berita tentang murid menumbuk guru. Di tunjukkan di dalam buletin utama, di upload di dalam youtube oleh seseorang. Mungkin oleh perakam video itu yang mungkin guru itu sendiri. Menunjukkan sikap kurang ajar murid terhadap guru. Sikap cuba melawan cakap guru. Itupun masih ada suara suara sumbang yang masih menyalahkan guru sendiri. Entahlah….

gaji oh gaji

Huh ? Nape gaji sebulan  tak cukup ?Macam mana nak komen bab gaji ni ye.  Tersilap komen, nanti kita dikatakan tak bersyukur ngan rezeki yang ada.  Pasti ramai yang akan mengomel.  Dah tau gaji tak banyak, kenapa nak membeli di luar kemampuan.

Pada aku, bukan soal membeli di luar kemampuan atau sebaliknya.  Aku sendiri bukannya tak beringat ketika keluar membeli barang-barang dapur.  Apa yang aku beli setiap bulan hampir sama.  Kalau ada yang terlebih pun hanya satu atau dua barang sahaja.  Itu pun hanyalah sekali sekala,  Apa yang berbeza ialah kuantiti namun barangan yang dibeli tetap aje sama. Harga yang berbeza.  Semua barang naik harga. 

Minggu depan dah masuk bulan puasa.  Harga barang pasti meningkat lagi.  Adakah nak disalahkan pengguna lagi?  Kita selalu disuruh untuk berhemah ketika membeli barangan.  Macam mana nak berhemah kalau harga barangan asyik naik je.  Turun tak pernah sekali. ermmmm..............

Sekarang cuaca di tempat aku ni tak menentu.  Tetiba je ribut petir datang melanda.  Tadi pun ketika nak gi mengajar, waktu keluar rumah ok je.  Ketika kereta masuk ke perkarangan sekolah, hujan turun ngan lebatnya.  Saat ini aku terfikir tentang harga ikan.  Ikan kerisi dah meningkat hingga RM15.00 sekilo.  Begitu juga ngan harga ikan kembung.  Dah lah tu, satu hal lagi ialah ikan-ikan tu bukannya ikan segar.  Banyaknya datang dari negara jiran.  Rasanya....... almaklum je lah ek.  Jarang sekali di tempat aku ni makan ikan yang tak segar.  Bukan nak berlagak tapi kawasan aku ni memang kawasan nelayan.

Seorang rakan mengadu beberapa hari sebelum Ramadhan ni, mengenai mahalnya harga ikan di pasar dan seorang penjual ikan memberi amaran harga ikan akan naik lagi sebab "bulan puasa". Peniaga ikan itu seperti juga kebanyakan peniaga lain mungkin sudah mencongak-congak keuntungan yang boleh diraih dalam bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.

Nak mula cerita pasal harga barang semua dah naik..Kenapa naik? Bagaimana cara naik? Apa barang yang naik? Apa punca naik? Apa kesan naik? Pening..sangat-sangat terkesan lebih-lebih lagi suri-suri rumah  di luar sana..

Bila harga barang semakin hari semakin menggila naiknya, suri rumah yang sering menguruskan wang suami sangat-sangat terasa dengan keadaan ini..manakan tidak..segala keperluan dapur, suri rumah yang uruskan..Tapi aku ni taklah terasa sangat kerana dalam banyak hal, suami aku turut sama dalam perkara ni sebab dia suka masuk ke dapur dan selalu memeriksa barang keperluan apa yang sudah habis..
Baru-baru ini kerajaan dah umumkan kenaikan harga barang-barang tertentu, dan penghapusan subsidi. Memang kita tak patut dimanjakan dengan subsidi jika ingin bersaing dengan bangsa lain. Tetapi dari sudut lain, subsidi petrol umpamanya memberi faedah kepada golongan berpendapatan kecil dan sederhana untuk menyara kehidupan.

Kerajaan berhak menaikkan cukai dan memansuhkan subsidi, tapi macamana pulak dengan kadar gaji? Kalau dilihat dari segi indeks kenaikan harga barang, langsung tak sepadan dengan kenaikan gaji yang hanya naik seciput setahun. Dalam sesetengah syarikat kenaikan gaji tak sampai RM100 pun setahun sedangkan harga tol naik 2 kali. Berat juga untuk juggle perbelanjaan dan seimbangkan dengan keperluan keluarga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Shahrir Abdul Samad baru-baru ini berkata pihaknya sudah mendapat jaminan daripada semua pihak bahawa bekalan barangan mencukupi pada harga yang stabil. Beliau berkata tidak ada alasan untuk pengilang, pengusaha, pengedar dan peruncit untuk menaikkan harga. "Di sebalik jaminan kerajaan, pengguna masih berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang dan bekalan yang tidak mencukupi. "Fomca berharap kerajaan akan bersikap lebih tegas terhadap pembekal yang mengambil kesempatan pada musim perayaan dengan mewujudkan kekurangan bekalan secara palsu supaya mereka boleh menaikkan harga barangan," kata Mohd Yusof.



Ahad, 24 Julai 2011

Muliakan Senyuman

Jika engkau tidak tersenyum pada pagi hari, maka bila lagi engkau akan memulakan pagi dengan senyuman?  Awali kehidupan setiap hari dengan sekuntum senyuman.  Ungkaplah kesyukuran dengan sebuah senyuman.

Senyumlah selalu. Senyuman membuka pintu rezeki, memperluas perkenalan, mengeratkan silaturrahim, menyubur kasih sayang, menyemai cinta lantas menceriakan hari anda. Senyum ibarat satu sihir hebat memukau setiap insan yang memandangnya. Maka senyumlah selalu.